Google

Google

Monday, April 13, 2009

Ubat tradisional keluaran Etumax Corporation diharamkan

13/04/2009 5:12pm


KUALA LUMPUR 13 April — Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan arahan melarang penjualan, pengedaran dan penggunaan ubat tradisional yang dikilangkan oleh Etumax Corporation Sdn. Bhd. kerana dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine dan sildenafil.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Eisah A.Rahman berkata produk tersebut menggunakan jenama “Phyto Shape”, “Phyto-Hape”, “Tongkat Ali Power,” "Tongkat Ali Power Plus” dan “Etumax Eurycoma Active Plus”.


Beliau berkata ubat yang mengandungi sibutramine dan sildenafil hanya boleh dibekal oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor.

“Pengguna tidak sepatutnya menggunakan produk tradisional yang mengandungi sibutramine kerana penggunaannya tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan serius seperti peningkatan tekanan darah dan peningkatan denyutan jantung.

“Penggunaan sildenafil tanpa preskripsi doktor pula boleh menurunkan tekanan darah dan boleh membawa kesan serius seperti serangan jantung,” katanya dalam dalam satu kenyatan hari ini. - Bernama

No comments: