Google

Google

Wednesday, April 29, 2009

Aiman masuk Spital

22-Apr-2009

Aku off in lieu hari nie pasal mak mertua operates untuk buang ketumbuhan kat bahagian ovari. Operation start kul 10 pagi tapi aku sebagai seorang yg berhemah dan skima datang spital based on waktu yang dibenarkan untuk melawat dekat kul 12 tengah hari. Mak mertua kuar drpd operation theater dlm kul 3 petang. Lepak sampai kul 7 malam pastu bila balik sampai rumah maid aku cakap anak sulung aku, Aiman demam. Aku tengok kat area leher dia swelling teruk mula-mula ingatkan demam beguk. Pastu check anak tekak dia nampak ada keputihan kat tonsil dia. Mak sedara wife aku dok sibuk cakap kena demam beguk dia suruh pi cari nila pastu perah dengan asam limau pastu sapu kat leher anak aku.Uissss....dalam hati aku apa punya cadangan. Dia tak tau ke nila tu diperbuat dr bahagian kimia. ntah2 lagi bahaya baik aku bawak pegi klinik check. Tepon wife aku dia cakap dia x dapat nak balik pasal takde orang nak jaga mak dia kat wad. Ok lah sebagai menantu yg bukan hantu so aku beralah lah. Bagi je ubat demam yg memang dah sedia ada kat umah sementara nak tunggu gi klinik swasta besok. Patutlah pagi tadi masa aku bangun dari tido dengor dia berdengkur kuat, biasanya dia tidur tak berdengkur.

23-Apr-2009

Tengah hari selepas settle dengan urusan online banking, aku terus bawak dia jumpa doktor kat klinik syed badarudin Balok. Sebelum tue singgah sekejap kat stesen petronas Balok pasal nak kuar duit sebab kad ING anak aku ada dengan wife. Belum sempat aku nak beratur si Aiman nie dah muntah kat dalam stesen petronas tue. Aku apalagi cepat2 bawak dia kuar sebelum lebih banyak muntah dia membanjiri kat dalam kedai mesra tue. Lepas settle bersihkan dia kat toilet aku gi balik kat mesin ATM dalam kedai mesra dengan buat muka tak bersalah tapi sebelum aku blah aku ada mintak maaf kat adik yang terpaksa mengelap kesan muntah Aiman tue. Pastu pusing kat area kedai balok tue untuk cari baju baru buat Aiman pasal baju dia dah kena muntah tp tak jumpa so last sekali aku basuh balik baju yg dah kena muntah tue dan suruh Aiman pakai balik. Malas nak balik ke rumah aku terus jerlah ke klinik syed badarudin tue. Mula-mula doktor tu cakap kena demam beguk gak tapi aku suruh dia check tonsil anak aku pastu baru dia cakap kena tonsilitis. Dia kata dah teruk nie so dia bagilah antibiotik yg kuat nama kat kotak tue zitromax. Ubat tue kena makan sekali sehari dan kena habiskan dalam masa 3 hari. Dia bagi sekali ubat demam@tahan sakit@sakit kepala pasal Aiman komplen dia sakit kepala. Lepas hantar Aiman balik dan bagi makan ubat-ubatan yang dibagi dek doktor kat klinik syed badarudin tue aku tepon wife aku yang hanya akan hantar mak sedara dan wan dia ke spital tp aku tak singgah pasal aku kena jaga anak aku. Aku cakap macam tue wife aku still takde perasaan nak balik rumah tengok anak dia pastu siap suruh bawak anak aku tu ke spital untuk dia check. Ada ke patut, orang tu dahlah demam dia suruh bawak pegi kat dia pulak.


24-Apr-2009

Hari nie keadaan aiman still tak berubah. Aku just hantar mak sedara wife aku pegi spital dan amik semula bila waktu melawat tamat. Sementara itu wife aku tetap tak nak balik tengok anak dia.

25-Apr-2009

Aku tepon wife aku cakap yg keadaan Aiman still teruk dan dah tak bermaya pasal tak makan dan minum. Dia sejak demam dan kena tonsilitis nie asyik tidur je. Aku paksa jugak wife aku balik. Aku hantar mak sedara dia awal pagi untuk amik alih jaga mak mertua aku tu. Pastu aku follow dia pasal keta dia kena hantar untuk servis. Lepas settle kitaorg terus balik ke rumah dan dia terus check dan cakap yang dia nak bawak Aiman ke spital untuk check pasal dia kata mmg teruk dan tonsil tue dah hampir memblok salur pernafasan anak aku tue. Lepas amik keta dia kat tempat servis terus kitaorg pegi ke kecemasan. Masa check tue suhu Aiman 39 Deg C menunjukkan dia memang demam kuat.

Terus admit masuk wad. Masa pasang IV tue Aiman tak meronta-ronta atau menangis pasal dia dah tak bertenaga. lepas pasang IV tue terus nurse tolak dia menggunakan wheel chair ke wad.Malam tue aku terus tidur kat spital jaga dia. Wife aku pulak jaga mak dia.



26-Apr-2009

Wife aku balik rumah amik mak sedara dia. Dia suruh mak sedara dia jaga mak dia manakala aku dengan dia jaga Aiman (mesti kes rasa bersalah lah nie) itupun hanya waktu malam jerlah. Mula-mula doktor ENT (MO) nama kalau dok silap wife aku sebut Thong ke Tong Sampah (ada sebab kenapa aku panggil dia macam nie) suruh nurse bagi C-PEN (antibiotik) je kat Aiman plus ubat demam tp start pukul 6 petang diaorg tambah dgn satu lagi antibiotik (Flagyl). Dalam hati aku mmg degil betul kuman yg serang tonsil anak aku nie.



27-Apr-2009

Wife aku bising2 cakap doktor TONG SAMPAH tue dah bagi terlebih dos untuk Flagyl tue kat anak aku. Aku bila dengar je apalagi terus menyirap darah, sapa tak sayang anak. Aku nak maki jer doktor Tong sampah tue tp wife aku tak bagi. Dahlah datang just jolok tekak anak aku guna batang aiskrim pastu blah. Mari lagi tanya dah makan ke dah minum ke. Bila wife aku sound dia bagi dos salah langsung dia cakap staff nurse yg cakap. Apa punya bodo doktor nie kalau tak tau pegilah tanyalah pakar nie pegi tanya staff nurse. Aku mmg hangin petang tue dahlah petang tu dia datang just datang tanya camna keadaan Aiman, aku pun jawab mcm tu lah takde perubahan. Langsung dia blah. Demam Aiman still tak ok, suhu badan dia still 39 Deg C. Aku bergilir-gilir dengan wife aku basahkan badan dia menggunakan kain basah. Tengah Hari tue wife aku dah preskrip dos baru untuk flagyl so tak tau apa kesan dos yg terlebih tue kat badan anak aku nanti. Dahlah tue doktor Tong Sampah tue takde lak nak mintak maaf kat kitaorang memang betul2 tak profesional lah doktor cina sorang nie.



28-Apr-2009

Mak mertua aku dah bole kuar spital dan wife aku dah start keja. Tinggallah aku tunggu anak aku kat wad tue. Nasib baik lepas abis keja dia datang temankan aku. Keadaan Aiman pun dah bertambah baik. Hari nie doktor lain yang datang check. Aku tanya anak aku dah bole kuar ke petang nie tapi dia cakap anak aku baru baik demam so kena tahan dulu untuk 24 jam pemerhatian. Kalau tak demam esok dah bole kuar. Anak aku petang tue dah bole bangun dan berlari dengan budak yg baru masuk untuk buang tonsil.

29-Apr-2009

Dlm kul 9:30 pagi doktor semalam dengan sorang pakar datang (bersama-sama segerombolan jururawat pelatih dan sorang sister). Doktor pakar tue tanya macam mana, aku cakap anak aku dah tak demam dan bole berlari ke hulu ke hilir. Dah bole makan, kencing dan berak. Pastu dia check keadaan tonsil anak aku tue dan dia cakap dah bole kuar hari nie dan set untuk appointment 2 minggu lagi. Aku tanya lah doktor pakar tue apa kesan dia pasal dah bagi dos lebih tue, dia cakap kalau takde muntah2 kira oklah tue. So aku tak bole nak cakap apa2 lah, kalau pakar pun dah cakap macam tue. Harap2 takdelah long term punya effect. Dalam kul 11:30 pagi kitaorg dah kuar dr spital tapi Aiman still kena sambung makan antibiotik kat rumah selama 2 minggu. Alhamdulillah.


"
Tonsillitis

From Wikipedia, the free encyclopedia


Enlarged, red tonsils and exudative white patches of tonsillitis


Tonsillitis is an infection of the tonsils and will often, but not necessarily, cause a sore throat and fever.

Types
There are 3 main types of tonsillitis: acute, subacute and chronic. Acute tonsillitis can either be bacterial or viral in origin. Subacute tonsillitis is caused by the bacterium Actinomyces. Chronic tonsillitis, which can last for long periods if not treated, is mostly caused by bacterial infection.

Symptoms
Symptoms of tonsillitis include a severe sore throat (which may be experienced as referred pain to the ears), painful/difficult swallowing, crouch coughing, headache, fever and chills. Tonsillitis is characterized by signs of red, swollen tonsils which may have a purulent exudative coating of white patches (i.e. pus). There may be enlarged and tender neck cervical lymph nodes.

Causes
Tonsillitis may be caused by Group A streptococcal bacteria,[1] resulting in strep throat.[1] Viral tonsillitis may be caused by numerous viruses[1] such as the Epstein-Barr virus[1] (the cause of infectious mononucleosis)[2] or adenovirus.[1]
Sometimes, tonsillitis is caused by a superinfection of spirochaeta and treponema, in this case called Vincent's angina or Plaut-Vincent angina.[3]
Although tonsillitis is associated with infection, it is currently unknown whether the swelling and other symptoms are caused by the infectious agents themselves, or by the host immune response to these agents. Tonsillitis may be a result of aberrant immune responses to the normal bacterial flora of the nasopharynx.

Treatment
Treatments of tonsillitis consist of pain management medications[4] and lozenges.[5] If the tonsillitis is caused by bacteria, then antibiotics are prescribed, with penicillin being most commonly used.[6] Erythromycin is used for patients allergic to penicillin.
In many cases of tonsillitis, the pain caused by the inflamed tonsils warrants the prescription of topical anesthetics for temporary relief. Viscous lidocaine solutions are often prescribed for this purpose.
Ibuprofen or other analgesics can help to decrease the edema and inflammation, which will ease the pain and allow the patient to swallow liquids sooner.[4]
When tonsillitis is caused by a virus, the length of illness depends on which virus is involved. Usually, a complete recovery is made within one week; however, some rare infections may last for up to two weeks.
Chronic cases may indicate tonsillectomy (surgical removal of tonsils) as a choice for treatment[7].
Additionally, gargling with a solution of warm water and salt may reduce pain and swelling.[8]

Complications
An abscess may develop lateral to the tonsil during an infection, typically several days after the onset of tonsillitis. This is termed a peritonsillar abscess (or quinsy). Rarely, the infection may spread beyond the tonsil resulting in inflammation and infection of the internal jugular vein giving rise to a spreading septicaemia infection (Lemierre's syndrome).
In chronic/recurrent cases (generally defined as seven episodes of tonsillitis in the preceding year, five episodes in each of the preceding two years or three episodes in each of the preceding three years),[9][10][11] or in acute cases where the palatine tonsils become so swollen that swallowing is impaired, a tonsillectomy can be performed to remove the tonsils. Patients whose tonsils have been removed are certainly still protected from infection by the rest of their immune system.
Bacteria feeding on mucus which accumulates in pits (referred to as "crypts") in the tonsils may produce whitish-yellow deposits known as tonsilloliths. These may emit an odour due to the presence of volatile sulfur compounds.
Hypertrophy of the tonsils can result in snoring, mouth breathing, disturbed sleep, and obstructive sleep apnea, during which the patient stops breathing and experiences a drop in the oxygen content in the bloodstream. A tonsillectomy can be curative.
In very rare cases, diseases like rheumatic fever[12] or glomerulonephritis[13] can occur. These complications are extremely rare in developed nations but remain a significant problem in poorer nations.[14][15]"

Monday, April 13, 2009

XanGo rancang buka pejabat di lima negeri



KUALA LUMPUR 12 April - XanGo LLC, (XanGo) syarikat jualan langsung pelbagai peringkat (MLM) jus manggis, bercadang membuka pejabat di luar kawasan Lembah Klang tahun ini, dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukannya.

Pengurus Besar Asia Tenggaranya, Tai Tolman berkata, pihaknya berhasrat membuka pejabat di Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu dalam usaha meningkatkan penguasaan pasaran.

Katanya, usaha peluasan berkenaan bakal menjadikan syarikat produk tunggal itu, salah satu MLM terbesar di negara ini selain meningkatkan operasi eksportnya.

"Kami mahu membangunkan produk di sini terlebih dahulu sebelum mengembangkan perniagaan secara agresif di negeri-negeri lain walaupun sudah dua tahun beroperasi di Malaysia.

"Buat masa ini, pelbagai aktiviti termasuk pameran bergerak dan seminar sedang dilaksanakan di bandar utama melalui pusat pengedaran yang ditubuhkan di negeri-negeri berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

XanGo yang diasaskan pada tahun 2002 berpengkalan di Lehi, Utah, Amerika Syarikat (AS) mengedarkan jus manggis yang juga diberikan jenama XanGo sebagai makanan tambahan.

Buah manggis yang diberi jolokan 'Permaisuri Segala Buah' oleh rakyat tempatan atau nama saintifiknya Garcinia mangostana merupakan bahan utama dalam jus XanGo yang diperkenalkan di Malaysia pada 28 Jun 2007.

Botol bersaiz 750 mililiter (ml) yang dipakejkan dalam botol elegan dipasarkan sebagai minuman premium dan dijual secara eksklusif menerusi MLM.

Menurut Tolman, XanGo bertumpu terhadap Malaysia kerana ingin mempunyai kehadiran di negara ini sebelum meluaskan perniagaan ke Indonesia dan Thailand.

Kami menjadikan Malaysia sebagai pusat Asia Tenggara kerana ia merupakan pasaran logistik yang menarik selain rakyatnya yang fasih dalam pelbagai bahasa.

"Ini bukan sahaja produk dan jenama yang bagus malah cara terbaik bagi menjana pendapatan bagi orang ramai khususnya pengusaha tempatan dan juga adalah hasrat pengasas untuk beroperasi di sini memandangkan Malaysia adalah tempat asal penemuan jus ini," katanya.

Beliau memberitahu pengasas XanGo iaitu Joe Morton mulai menemui khasiat manggis yang kaya dengan fitonutrien (zat daripada tumbuhan) iaitu, xanthon yang bertindak sebagai anti-oksida ketika bertugas di Malaysia pada 1997.

Menerusi pemerhatian, Morton mendapati bahawa kulit, batang dan isi manggis digunakan turun temurun sebagai ubat tradisional untuk luaran dan dalaman tubuh badan manusia, katanya.

Menurutnya, jualan bagi bulan pertama sejak ia dilancarkan di Malaysia telah mencecah AS$1 juta (RM3.6 juta) dan mencatat pertumbuhan sebanyak 238 peratus sepanjang dua tahun beroperasi di Malaysia.

"Pertumbuhan yang luar biasa XanGo dalam industri MLM disokong oleh kualiti unik produknya.

"Produk ini hanya dieksport selepas buah manggis yang dipetik dari tanaman di sekitar Asia Tenggara, dipuri dan dibekukan serta merta sebelum dihantarkan ke AS untuk dikilangkan menggunakan teknik yang melibatkan 220 langkah pemprosesan," jelas beliau.

Jus XanGo, campuran puri manggis dengan pati jus lapan buah-buahan yang lain termasuk epal, pear, anggur, beri biru, raspberi, strawberi, kranberi dan ceri dijual pada harga RM140 sebotol.

Ubat tradisional keluaran Etumax Corporation diharamkan

13/04/2009 5:12pm


KUALA LUMPUR 13 April — Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan arahan melarang penjualan, pengedaran dan penggunaan ubat tradisional yang dikilangkan oleh Etumax Corporation Sdn. Bhd. kerana dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine dan sildenafil.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Eisah A.Rahman berkata produk tersebut menggunakan jenama “Phyto Shape”, “Phyto-Hape”, “Tongkat Ali Power,” "Tongkat Ali Power Plus” dan “Etumax Eurycoma Active Plus”.


Beliau berkata ubat yang mengandungi sibutramine dan sildenafil hanya boleh dibekal oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor.

“Pengguna tidak sepatutnya menggunakan produk tradisional yang mengandungi sibutramine kerana penggunaannya tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan serius seperti peningkatan tekanan darah dan peningkatan denyutan jantung.

“Penggunaan sildenafil tanpa preskripsi doktor pula boleh menurunkan tekanan darah dan boleh membawa kesan serius seperti serangan jantung,” katanya dalam dalam satu kenyatan hari ini. - Bernama