Google

Google

Friday, April 11, 2008

Warkah Untuk PM

Selamat sejahtera
Saya merujuk kepada aduan tuan yang bernombor 202972 menerusi WUPM berkenaan dengan kerosakan jalan di persimpangan lampu isyarat Bukit Kuang dan Jambatan Bukit Kuang, Kemaman. Adalah dimaklumkan bahawa dalam RMK9, Jambatan Bukit Kuang akan dinaiktaraf daripada 2 lorong kepada 4 lorong untuk menghubungi Bandar Cukai dengan Bukit Kuang. Pada asalnya, projek ini akan mula dijalankan pada pertengahan tahun ini, namun akibat daripada perubahan rekabentuk untuk membolehkan kapal-kapal besar melalui dibawahnya bagi meningkatkan industri perlancongan dan perikanan, projek ini dijangka akan bermula pada tahun 2009. Persimpangan sedia ada iaitu simpang empat Bukit Kuang juga akan dinaik taraf kelak. Mengenai jalan yang tidak rata daripada persimpangan lampu isyarat di Bukit Kuang ke Meraga Beris, pihak JKR Daerah dalam proses sebutharga untuk membaiki jalan tersebut. Kerja penurapan dijangka bermula pada April 08. Terima kasih diatas kesabaran & keprihatinan tuan. Sekian
Y. Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
WARKAH UNTUK PERDANA MENTERI: ADUAN TERHADAP PERKHIDMATAN AWAM
E-mel Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA) kepada semua Ketua Setiausaha/Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bertarikh 18 Mac 2008 adalahberkaitan.
2. Bersama ini dikemukakan aduan yang berkaitan dengan Kementerian/Jabatan Y. Bhg. Dato'/Tuan/Puan. Pihak Y. Bhg. Dato'/Tuan/Puan dikehendaki mengemukakan maklum balas secara TERUS kepada pengadu dalam tempoh 3 hari bekerja mulai dari tarikh e-mel dihantar.
3. Sila pastikan setiap maklum balas berkenaan disalinkan kepada wupm@bpa.jpm.my <mailto:wupm@bpa.jpm.my> dan info@warkahuntukpm.com.my. Sekian, terima kasih.
From: BPA [
mailto:bpa@warkahuntukpm.com.my] Sent: Friday, March 28, 2008 9:48 AM
Subject: fw: [202972] Keselamatan - Shamsul B M Deris
Sent: Thursday, March 27, 2008 1:04 PM
Subject: [202972] Keselamatan - Shamsul B M Deris
Name: Shamsul B M Deris
Date & Time: 03-03-2008 - 20:35
Gender:L
Race: Malay
Message:
YAB,Untuk pengetahuan YAB, jalan raya yang bermula daripada persimpangan lampu isyarat lalulintas di kawasan Bukit Kuang, Kemaman sehingga ke Meraga Beris,Kemaman terlalu teruk kualiti. Sepanjang laluan tersebut penuh dengan keadaan yang berbonggol-bonggol. Jika YAB berpeluang melalui kawasan ini bolehlah YAB merasa sendiri macam mana perasaan saya yang terpaksa melaluinya setiap hari. Ini bukan sahaja membahayakan keselamatan tetapi juga menyebabkan pengguna terpaksa menanggung risiko yang kenderaan mereka akan lebih cepat rosak. Saya berharap selepas BN mendapat kemenangan didalam pilihanraya ini, satu rombakan secara besar-besaran akan dilakukan didalam Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana di dapati mutu jalan raya di Malaysia semakin teruk walaupun dengan teknologi baru dan kos yang tinggi masih lagi tidak dapat menandingi kualiti jalan raya yang dibina semasa sebelum Malaysia mencapai kemederkaan. Di harap penyakit mental kelas ketiga tidak terus menghantui pegawai-pegawai kerajaan yang sepatutnya memberi perkhidmatan yang terbaik sementelah dengan kenaikan gaji baru-baru ini. Jika JKR perlu diswastakan demi menjamin kualiti kerja, saya menyokong seratus peratus agar duit rakyat tidak dibazirkan dengan hasil kerja yang teruk. Terima kasih di atas keprihatinan YAB. Semoga Malaysia terus aman dan makmur .