Google

Google

Thursday, December 20, 2007

25 Pesanan Luqmanul Hakim

25 Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya...

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia inibagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karamke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangankaram, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernamaTAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKALkepada ALLAH.
02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinyauntuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapatpenjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedarsetalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasamenerima kemulian dari ALLAH juga.
03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina danrendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH,maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekatkepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiatkepada ALLAH.
04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamukerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnyaibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, keranasesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimuhina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentangsesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakaiALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benartakut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas darisifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilangair mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorangyang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyakmelamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah,memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebihmudah daripada memberi pengertian kepada orang yangtidak mahu mengerti.
08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapaberatnya mengangkat batu besar dan besi yang amatberat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yangjahat.
09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orangyang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orangyang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layakmenjadi utusan.
10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudahdilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahalsedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibatyang berbahaya.
11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan,takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan,pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akanmengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kanmenghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimukepada kesenangan duniawi sahaja.
12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yangberlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalukenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itudiberikan kepada anjing sahaja.
13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelansahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsungmemuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, keranamanis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itubelum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orangorang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu denganpara alim ulamak dengan cara meminta nasihat darimereka.
15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanyabilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkautidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubahbagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelahbanyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masihmahu menambahkannya.
16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawansejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpurapura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itudia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlahengkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidakdemikian, maka berhati hatilah.
17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamuserta manis wajahmu, dengan demikian engkau akandisukai orang melebihi sukanya seseorang terhadaporang lain yang pernah memberikan barang yangberharga.
18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlahdirimu padanyasebagai orang yang tidak mengharapkansesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yangmengharapkan sesuatu darimu.
19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlakusebagai orang yang tidak ingin menerima pujian ataumengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifatriya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepadaurusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah duniasaja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untukdunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebihhina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu janganmengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor sertakasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiamdiri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramumendatangkan manfaat bagi orang lain.
22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalaubukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlahengkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlahengkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu,janganlah mensia siakan hartamu.
23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akandisayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripadaberkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidakdapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akanmenyesal.
24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yangalim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnyakerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkannasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmahdari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang suburlalu disirami air hujan.
25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadarkeperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnyauntuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang duniaini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkauakan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini sertameneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkaumakan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlahengkau bertemankan dengan orang yang bersifat talamdua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

No comments: