Google

Google

Wednesday, November 28, 2007

Tentang Minyak & Orang Minyak

Harga minyak: MIER ramal kenaikan kecil 30 sen

Oleh Ainul Asniera Ahsan

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) meramalkan kerajaan akan mengenakan kenaikan kecil harga minyak domestik berikutan peningkatan bahan bakar itu yang kini hampir mencecah AS$100 (RM336) setong. Pengarah Eksekutifnya, Prof. Datuk Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem berpendapat, kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen adalah munasabah berbanding spekulasi sebanyak 80 sen. “Macam-macam spekulasi dibuat berhubung kadar kenaikan harga minyak, ada yang menyatakan kerajaan akan menaikkan harga minyak sebanyak 80 sen seliter. ‘‘Tetapi selepas mengambil kira kenaikan minyak yang berterusan ini, bagi saya kenaikan sebanyak 30 sen adalah munasabah,’’ katanya ketika ditemui pada Forum Tinjauan Ekonomi Kebangsaan 2008-2009 di sini hari ini.Menurut Mohamed Ariff, kadar kenaikan itu sebenarnya masih rendah berbanding kenaikan yang berlaku di negara-negara lain. Malah, katanya, Malaysia merupakan negara kedua yang menikmati harga minyak paling rendah di dunia. Mohamed Ariff berkata, kenaikan harga minyak pasti berlaku kerana kerajaan tidak mungkin berupaya menampung jumlah subsidi minyak yang lebih besar. “Sekarang kerajaan membelanjakan sebanyak RM16 bilion untuk subsidi minyak dan tidak mungkin kerajaan berupaya untuk terus menanggung subsidi minyak yang semakin meningkat. “Harga minyak akan naik, cuma masanya sahaja yang tidak dapat ditentukan,’’ jelasnya yang yakin kerajaan akan mengenakan kenaikan harga minyak yang sedikit untuk mengurangkan beban rakyat. Katanya, kenaikan harga minyak domestik bakal memberi implikasi terhadap keseluruhan perbelanjaan rakyat berikutan kenaikan kos pengangkutan akan menyebabkan harga barangan turut naik. Berikutan itu, tambah beliau, kadar inflasi negara juga dijangka meningkat kepada tiga peratus tahun depan. Menurut Mohamed Ariff, walaupun kerajaan terpaksa menanggung subsidi minyak namun pendapatan kerajaan tidak terjejas kerana Malaysia merupakan negara pengeksport minyak bersih.
Malah, katanya, Malaysia dijangka memperoleh peningkatan pendapatan hasil daripada kenaikan harga minyak mentah. Selain itu, tambah beliau, pengukuhan ringgit juga membolehkan negara mengimport barangan pada harga yang lebih murah.


" adakah ini benar??? Harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 16 tahun - sejak 1990) sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21 )
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02 )
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10 )
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

2008 Min RM0.30 – RM2.22

Nota : (ayat - ayat standard)
1. Kenaikan minyak *masih rendah * berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan * tidak membebankan* .
3. *Kerajaan** **tidak mampu* lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum *tidak akan dinaikkanlagi pada TAHUN INI *.
**Negara telah mengadakan lumba kapal layar Monsoon Cup yang menelan duit rakyat sebanyak RM300 Juta. Duit ini di bayar kepada seorang taukeh bernama Patrick Lim dan kekawannya. Perlumbaan kapal layar tak sampai lima hari makan duit rakyat RM300 Juta. Sudah tentu duit RM300 Juta itu ditelan oleh orang yang sungguh bertuah dapat kontrak RM300 Juta itu. Untuk menutup kehilangan duit sebesar ini sekarang subsidi minyak di potong dan harga minyak naik 30 sen satu liter. Sekarang lebih murah naik kapal terbang Air Asia pergi balik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Tambang pergi balik Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu tak sampai RM300 bagi tiga orang sekeluarga. Air Asia diurus oleh orang yang tahu buat bisnes tanpa menyusahkan rakyat.****Sekarang dengan harga minyak yang sudah naik, belanja minyak sahaja nak pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar sudah naik hingga RM220 (kereta Proton Waja). Bayar tol pula lebih RM120. Belanja makan dan minum (nasi campur dan teh kosong) bagi sekeluarga enam orang tambah lagi RM40. Ini bermaksud jumlah belanja minyak, tol dan makan minum pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar hampir RM400. Negeri lain bukan macam negara kita. Walaupun harga minyak di Thailand lebih mahal daripada harga minyak di Malaysia tapi di Thailand tak ada bayar tol. Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jauhnya lebih 1,100 batu (bukan kilometer) naik lebuhraya enam lorong tanpa bayar TOL (bukan empat lorong macam Lebuhraya Utara Selatan kita). Di Thailand tak ada AP. Harga kereta Honda Civic 1.5 di Thailand tak sampai RM40,000. Lebih murah daripada harga kereta Perodua Kelisa 1.0 di Malaysia. Inilah kelebihannya di Thailand - tak ada AP di sana . Di Malaysia pula ada AP. Sebenarnya harga AP yang perlu di bayar kepadaKerajaan (MITI) tak sampai RM250 sahaja. Tapi AP boleh di jual sehingga RM40,000 sekeping. AP ini telah berlanjutan selama lebih 30 tahun. Akhirnya rakyat Malaysia yang terpaksa tanggung kesan AP ini. Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5 yang dijual dengan harga RM40,000 di Thailand naik harga sehingga RM110,000 di Malaysia. Rakyat Malaysia yang rugi. Kerajaan pula hilang wang. Bila kerajaan tak cukup wang - maka potonglah subsidi minyak. Maka naik lah harga minyak 30 sen satu liter.

Malaysia Boleh!!!!

Sekian. Salam."

No comments: