Google

Google

Friday, November 30, 2007

Bacaan Talkin dalam BM

Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah.. Bismillah hir rah man nir rahim.Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.Sekara ng kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata: Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu? Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah". Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu. Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Thursday, November 29, 2007

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG.

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya). Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut. Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail". Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya". Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)
Wallahua'lam

Jawatan Kosong

Jawatan: Jurutera Penyelenggaraan (Mekanikal)/Maintenance Engineer (Mechanical)
Alamat:
Toray BASF PBT Resin
Jalan Gebeng 2/1
Kawasan Perindustrian Gebeng
26080 Kuantan Pahang.

Sesiapa yang berminat boleh menghantar resume kat alamat diatas. Kilang ni mengeluarkan resin plastik atau dlm basa kampung ibu plastik. 50:50 antara Toray (Jepun) dgn BASF (Jerman). Kalau experience 5 tahun boleh mintak gaji dlm RM3000 - 3600

Wednesday, November 28, 2007

Kisah Plet Keta

Untuk kereta tetamu – MB

KUANTAN 27 Nov. – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, nombor pendaftaran kenderaan CCC 9 bernilai RM48,000 yang dibida pihaknya bukan untuk kegunaan peribadi beliau tetapi kenderaan tetamu kenamaan kerajaan negeri.
Beliau berkata, pihaknya akan tetap membeli nombor CCC 9 itu walaupun melibatkan kos yang tinggi kerana ia telah dibincang dan diluluskan dalam mesyuarat Exco serta tidak dianggap sebagai satu pembaziran.
“Soal membazir tidak timbul, pasal duit itu kerajaan bayar kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). JPJ pula akan gunakan duit itu untuk membayar gaji.
“Apa membazir pula? Duit itu pusing daripada kerajaan ke kerajaan. Bukan untuk Adnan Yaakob (tetapi) untuk kerajaan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Bayaran Penebusan Bon Tranche Pertama 2007 sempena perasmian Kompleks Dagangan Mahkota di sini hari ini.
Adnan berkata, beliau sendiri mahukan nombor pendaftaran kenderaan itu menggunakan nombor satu angka iaitu sembilan.
“Kenapa sembilan? Sebab sembilan paling besar. Saya sendiri suruh ambil sembilan. Itu ceritanya,” kata beliau.
Menurut Adnan, penggunaan nombor pendaftaran satu angka juga bertujuan memudahkan pengenalan kereta kerajaan negeri yang membawa tetamu.
Namun, beliau juga tidak menafikan nombor satu angka itu boleh menjadi sasaran mudah pihak yang berniat jahat.
Beliau secara peribadi tidak menggunakan nombor pendaftaran satu angka dan tidak gemar jika ada Exco yang menggunakannya.
“Dulu, Exco semua guna nombor tunggal. Bila saya jadi Menteri Besar, tidak ada single digit, itu yang bercelaru sikit,” katanya.
Menurut Adnan lagi, nombor pendaftaran satu angka juga mampu memberi pulangan lumayan jika dijual.
Ini kerana jelasnya, anggota Exco, Datuk Shahiruddin Abdul Moin pernah ditawarkan RM40,000 untuk nombor pendaftaran CAP 8 yang digunakannya.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Pejabat Menteri Besar memenangi tender bagi mendapatkan nombor pendaftaran CCC 9 selepas membida pada harga RM48,000 walaupun Adnan, pada Jumaat lalu, memberi ingatan kepada Exco kerajaan negeri supaya tidak membida melebihi RM10,000.

" Ini worang banyak pandai maaa....semalam cakap lain hari nie cakap lain.....itu sumer kaver line sajer loo....mmglah pi mai pi mai tang tu jugak....lain kali kalau belanja berjuta ringgit takpe bole justify ...oooo....kita guna untuk official matters....nanti kerajaan dapat balik duit tu......aiyaaaaa.....lu talak otak ka....ada banyak menda lagi woo kita boleh buat dengan RM48000 tu.....ITU DUIT RAKYAT BUKAN DUIT KERAJAAN.....gunakanlah RM48000 tu untuk RAKYAT bukan untuk kegunaan sorang dua jer.....lagi pun ape faedahnya bayar plet keta mahal2...bayar RM50 pun dah bole dapat plet keta.....come on lah....we're not stupid lah, MORON!!!"

Tentang Minyak & Orang Minyak

Harga minyak: MIER ramal kenaikan kecil 30 sen

Oleh Ainul Asniera Ahsan

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) meramalkan kerajaan akan mengenakan kenaikan kecil harga minyak domestik berikutan peningkatan bahan bakar itu yang kini hampir mencecah AS$100 (RM336) setong. Pengarah Eksekutifnya, Prof. Datuk Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem berpendapat, kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen adalah munasabah berbanding spekulasi sebanyak 80 sen. “Macam-macam spekulasi dibuat berhubung kadar kenaikan harga minyak, ada yang menyatakan kerajaan akan menaikkan harga minyak sebanyak 80 sen seliter. ‘‘Tetapi selepas mengambil kira kenaikan minyak yang berterusan ini, bagi saya kenaikan sebanyak 30 sen adalah munasabah,’’ katanya ketika ditemui pada Forum Tinjauan Ekonomi Kebangsaan 2008-2009 di sini hari ini.Menurut Mohamed Ariff, kadar kenaikan itu sebenarnya masih rendah berbanding kenaikan yang berlaku di negara-negara lain. Malah, katanya, Malaysia merupakan negara kedua yang menikmati harga minyak paling rendah di dunia. Mohamed Ariff berkata, kenaikan harga minyak pasti berlaku kerana kerajaan tidak mungkin berupaya menampung jumlah subsidi minyak yang lebih besar. “Sekarang kerajaan membelanjakan sebanyak RM16 bilion untuk subsidi minyak dan tidak mungkin kerajaan berupaya untuk terus menanggung subsidi minyak yang semakin meningkat. “Harga minyak akan naik, cuma masanya sahaja yang tidak dapat ditentukan,’’ jelasnya yang yakin kerajaan akan mengenakan kenaikan harga minyak yang sedikit untuk mengurangkan beban rakyat. Katanya, kenaikan harga minyak domestik bakal memberi implikasi terhadap keseluruhan perbelanjaan rakyat berikutan kenaikan kos pengangkutan akan menyebabkan harga barangan turut naik. Berikutan itu, tambah beliau, kadar inflasi negara juga dijangka meningkat kepada tiga peratus tahun depan. Menurut Mohamed Ariff, walaupun kerajaan terpaksa menanggung subsidi minyak namun pendapatan kerajaan tidak terjejas kerana Malaysia merupakan negara pengeksport minyak bersih.
Malah, katanya, Malaysia dijangka memperoleh peningkatan pendapatan hasil daripada kenaikan harga minyak mentah. Selain itu, tambah beliau, pengukuhan ringgit juga membolehkan negara mengimport barangan pada harga yang lebih murah.


" adakah ini benar??? Harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 16 tahun - sejak 1990) sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21 )
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02 )
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10 )
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

2008 Min RM0.30 – RM2.22

Nota : (ayat - ayat standard)
1. Kenaikan minyak *masih rendah * berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan * tidak membebankan* .
3. *Kerajaan** **tidak mampu* lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum *tidak akan dinaikkanlagi pada TAHUN INI *.
**Negara telah mengadakan lumba kapal layar Monsoon Cup yang menelan duit rakyat sebanyak RM300 Juta. Duit ini di bayar kepada seorang taukeh bernama Patrick Lim dan kekawannya. Perlumbaan kapal layar tak sampai lima hari makan duit rakyat RM300 Juta. Sudah tentu duit RM300 Juta itu ditelan oleh orang yang sungguh bertuah dapat kontrak RM300 Juta itu. Untuk menutup kehilangan duit sebesar ini sekarang subsidi minyak di potong dan harga minyak naik 30 sen satu liter. Sekarang lebih murah naik kapal terbang Air Asia pergi balik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Tambang pergi balik Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu tak sampai RM300 bagi tiga orang sekeluarga. Air Asia diurus oleh orang yang tahu buat bisnes tanpa menyusahkan rakyat.****Sekarang dengan harga minyak yang sudah naik, belanja minyak sahaja nak pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar sudah naik hingga RM220 (kereta Proton Waja). Bayar tol pula lebih RM120. Belanja makan dan minum (nasi campur dan teh kosong) bagi sekeluarga enam orang tambah lagi RM40. Ini bermaksud jumlah belanja minyak, tol dan makan minum pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar hampir RM400. Negeri lain bukan macam negara kita. Walaupun harga minyak di Thailand lebih mahal daripada harga minyak di Malaysia tapi di Thailand tak ada bayar tol. Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jauhnya lebih 1,100 batu (bukan kilometer) naik lebuhraya enam lorong tanpa bayar TOL (bukan empat lorong macam Lebuhraya Utara Selatan kita). Di Thailand tak ada AP. Harga kereta Honda Civic 1.5 di Thailand tak sampai RM40,000. Lebih murah daripada harga kereta Perodua Kelisa 1.0 di Malaysia. Inilah kelebihannya di Thailand - tak ada AP di sana . Di Malaysia pula ada AP. Sebenarnya harga AP yang perlu di bayar kepadaKerajaan (MITI) tak sampai RM250 sahaja. Tapi AP boleh di jual sehingga RM40,000 sekeping. AP ini telah berlanjutan selama lebih 30 tahun. Akhirnya rakyat Malaysia yang terpaksa tanggung kesan AP ini. Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5 yang dijual dengan harga RM40,000 di Thailand naik harga sehingga RM110,000 di Malaysia. Rakyat Malaysia yang rugi. Kerajaan pula hilang wang. Bila kerajaan tak cukup wang - maka potonglah subsidi minyak. Maka naik lah harga minyak 30 sen satu liter.

Malaysia Boleh!!!!

Sekian. Salam."

Tuesday, November 27, 2007

Kerani Kaunter Dua LHDN Cawangan Kuantan Tidak Mesra Pelanggan

Tuan,

Pada 19 November 2007 lebih kurang pukul 11:00 pagi, saya telah ke Pejabat LHDN Cawangan Kuantan bagi urusan setem hasil di samping membuat pengesahan dua keping salinan sijil pendidikan saya. Selepas selesai urusan setem hasil di kaunter enam saya telah diberitahu oleh kerani kaunter tersebut supaya ke kaunter satu untuk menguruskan pengesahan salinan sijil-sijil tersebut. Pada masa itu di kaunter satu tiada kerani yang kelihatan oleh itu saya telah cuba bertanya kepada kerani yang bertugas di kaunter dua tetapi belum sempat saya menghabiskan pertanyaan saya dengan acuh tak acuh dia bertanya sama ada saya nak hantar atau ambil. Saya yang dalam keadaan tidak faham terus disuruh duduk dan tunggu giliran. Walaupun sesibuk mana, rasanya masih ada masa untuk kerani tersebut untuk menjawab pertanyaan saya. Nasib baik saya telah mengambil inisiatif sendiri untuk bertanya kepada salah seorang polis bantuan yang berada di situ dan beliau telah menolong saya untuk mendapatkan pengesahan daripada pegawai yang berkenaan. Nampaknya walaupun YAB Perdana Menteri kita sentiasa mengingatkan penjawat awam supaya mesra pelanggan nampaknya masih ada golongan yang tidak dapat mengubah gaya kerja lama mereka. Janganlah menyangka mereka berumur maka mereka boleh membuat kerja acuh tak acuh dan hanya menunggu masa untuk pencen. Berilah contoh yang baik untuk di ikuti oleh generasi muda di masa hadapan. Walaupun begitu saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada kerani kaunter enam dan juga polis bantuan yang telah membantu saya. Ibarat nila setitik rosak susu sebelanga. Di harap pihak LHDN cawangan Kuantan dapat memperbaiki lagi perkhidmatan di kaunter mereka terutamanya kerani di kaunter dua.

Reply:

Tuan,

Saya telah menerima salinan e-mail aduan tuan dari Pusat Khidmat Pelanggan,LHDNM pada hari ini (22.11.2007) dan faham akan kandungan surat tersebut.Pertama sekali saya ingin memohon maaf atas masalah yang tuan hadapi tempohhari (19.11.2007).Saya telah memanggil petugas kaunter berkenaan dan mendapatkan maklum balasbeliau berhubung perkara ini.Saya difahamkan oleh beliau, pada 19.11.2007 (Isnin) hanya Kaunter 2beroperasi sepenuhnya manakala Kaunter 1 dibukasecara berperingkat (mengikut kesesakan pelanggan). Ini kerana petugastetap Kaunter 1 bercuti pada tarikh tersebut dan pengganti beliau pulaberada di dalam Unit Khidmat Pelangganuntuk menjawap panggilan telefon. Pengganti petugas Kaunter 1 pada19.11.2007 hanya akan dipanggil ke kaunter 1 jika pelanggan terlalu ramaimenunggu.Saya telah menegaskan kepada staf tersebut dan juga staf-staf saya yanglain, supaya mengutamakan pelanggan walaupun dalam keadaan yang sibuksupaya pelanggan berasa dilayan dan dihargai.Ini bertepatan dengan motto LHDNM " MESRA, MEMBANTU, MEMUASKAN ". Sayaberharap Encik Shamsul Bin M Deris dapat menerima penjelasan saya dangembira dengantindakan pembetulan yang dilakukan.Akhir kata, saya sekali lagi memohon maaf atas kesulitan yang timbul danmengucapkan terima kasih atas respon yang diberikan oleh tuan. Ini pentingdalam meningkatkan kualiti perkhidmatanyang diberikan oleh LHDNM kepada para pelanggan kami.

Sekian terima kasih.

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

" MESRA, MEMBANTU, MEMUASKAN "

Saya yang menurut perintah,

AZUDIN BIN MAT SALEH
Pegawai Perhubungan Awam
LHDNM Cawangan Kuantan