Kenapa penyu? Penyu merupakan salah satu lambang negeri Terengganu. Terengganu adalah negeri asal aku. Aku masih ingat zaman kanak2 hingga remaja, negeri Terengganu diperintah oleh WM. WM telah menjadi MB selama 20 tahun dan semasa zamannya, emas hitam telah ditemui di luar pesisir pantai Terengganu. Dulu aku selalu berangan hendak bekerja dengan syarikat yang mengendalikan hasil emas hitam ini kerana tertarik dengan cerita-cerita tentang gaji yang lumayan. Sebagai anak tempatan, aku memang tau tentang taraf hidup di kawasan sekitar emas hitam dikumpul. Peniaga-peniaga tempatan begitu rakus mengenakan harga yang melampau kepada setiap hasil jualan mereka kerana mereka tau yang 'orang minyak' mampu utuk membayarnya. Walhal mereka tidak tau bahawa mereka hanya menjerut leher mereka sendiri dengan berbuat demikian. Memang orang Terengganu tidak pandai berniaga makanan dibandingkan dengan orang Kelantan. Orang Terengganu hanya memikirkan keuntungan jangka masa pendek. Mengenakan caj yang mahal menyebabkan pelanggan hanya datang sekali - dua saja di kedai-kedai mereka. Jika rakyat Malaysia datang ke Terengganu dan melalui kawasan emas hitam ini, mereka akan nampak yang berubah hanyalah kompleks-kompleks petrokimia yang bertambah tetapi keadaan sekitarnya masih lagi seperti dulu dengan adanya dua tiga rumah kedai yg baru dibuka tapi kosong tanpa penghuni. Jikalau menyusuri kawasan perkampungan didapati masih seperti 30 tahun lepas tanpa perubahan ketara. Aku terfikir, apakah guna seorang MB yang memerintah selama 20 tahun dengan hasil royalti yang banyak saban tahun tetapi tidak dapat mentadbir dan membangunkan negeri dengan baik. Di mana silapnya? Adakah silap memilih rakyat negeri Terengganu yang mungkin tidak pandai menguruskan duit atau pun memang rakyat Terengganu sememangnya bodoh dalam memilih pemimpin? Selepas WM yang melarikan diri ke luar negara selepas kalah teruk dalam pilihanraya, muncul seorang lagi MB iaitu DJ. Kali ini rakyat Terengganu disajikan dengan bermacam-macam festival dan bangunan-bangunan indah yang pada pemikiran aku sebagai rakyat Terengganu memang tidak ada manfaat yang akan diperolehi. Adakah dengan pembinaan bangunan-bangunan indah itu ekonomi hidup aku sebagai rakyat negeri Terengganu akan menjadi baik? Apakah dengan adanya MC setiap penghujung tahun itu akan menyebabkan bertambahnya duit aku atau peluang untuk mendapat kerja yang lebih baik? Semuanya itu merupakan perkara yang sia-sia. Duit yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan negeri digunakan secara rakus dan boros. Dalam masa 4 tahun pemerintahan DJ, rakyat Terengganu hanya dapat RM300 setahun iaitu duit ihsan (betapa hinanya rakyat Terengganu sehingga duit sendiri pun dikatakan duit ihsan....tak ubah rakyat Terengganu seperti peminta sedekah kerana mengharapkan wang ihsan). Selepas 4 tahun, kehidupan rakyat Terengganu masih ditakuk lama lagi, nelayan tetap nelayan, petani tetap petani, penganggur tetap penganggur. Sudah dua orang MB yang aku sempat menilai sebagai rakyat Terengganu dan aku masih lagi belum dapat melihat pembangunan yang dibawa oleh MB-MB ini untuk rakyat Terengganu. Adakah MB-MB ini memang cetek akalnya dalam mentadbir negeri? Ataupun sememangnya rakyat Terengganu memang tidak pandai sebagai seorang pentadbir dan mereka ini hanya layak untuk menjadi barua sahaja di negeri sendiri. Apa guna bangga dengan emas hitam jika orang yang menguruskannya hanya segelintir sahaja daripada anak negeri. Kebanyakan rakyat Terengganu hanya menjadi orang bawahan atau buruh kasar. Di mana peluang sebagai anak negeri. Begitu ramai anak negeri yang mempuyai kelulusan yang tinggi tetapi masih lagi menganggur kerana mengharapkan kerja daripada pengendali emas hitam. Mengapa berharap kepada pengedali emas hitam sahaja? Ini kerana MB-MB Terengganu sebelum ini tidak memikirkan tentang pembangunan negeri Terengganu supaya rakyat Terengganu mempunyai peluang kerja lain selain daripada mengharapkan kepada emas hitam yang pasti akan habis pada suatu hari nanti. Jika MB-MB ini tau menggunakan kepala otak diaorang untuk mencari pelabur-pelabur untuk melabur di Terengganu, membina infrastruktur yang baik dengan wang royalti untuk menarik lebih ramai pelabur-pelabur tentu rakyat Terengganu tidak perlu merempat di negeri sendiri. Tetapi MB-MB ini tidak membuat apa-apa selama memerintah, hanya duduk goyang kaki memenuhkan poket masing-masing. Tidak seperti Pahang, pahang yang hanya bergantung kepada hasil balak tetapi masih dapat mengeksploitasi hasil emas hitam Terengganu untuk membangunkan kawasan Petrokimia yang lebih besar dan maju daripada Terengganu. Pahang juga lebih maju berbanding Terengganu kerana MB-MBnya pandai mencari peluang, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk membangunkan negeri. Namun rakyat Terengganu masih bertuah kerana MB-MB ini ada meperuntukkan wang untuk tabung pelajaran bagi membantu anak negeri yang ingin melanjutkan pelajaran (walaupun sedikit) bagi menyokong pembangunan pendidikan negeri. Tetapi apa gunanya jika belajar tinggi-tinggi, keluar sahaja daripada universiti sudah menanggung beban hutang pelajaran. Peluang kerja yang amat sedikit di negeri Terengganu menyebabkan anak negeri terpaksa merantau jauh untuk meneruskan kehidupan mereka. Mereka yang tinggal di Terengganu masih di takuk lama dan duduk berangan menunggu duit ihsan datang bergolek. Jika mereka yang tidak sanggup untuk meninggalkan emak ayah yang sudah tua, mereka ini terpaksa membuat segala kerja sementara menanti peluang kerja di negeri sendiri yang tidak kunjung tiba. Sehinggalah mereka ini tersedar yang mereka sudah hampir bertahun-tahun keluar daripada universiti tanpa memperolehi kerja yang setaraf dengan kelayakan mereka di negeri sendiri. Apakah inisiatif yang sepatutnya diambil oleh kerajaan negeri? Mereka yang dipilih, mereklah yang sepatutnya berfikir untuk mencari penyelesaiannya. Mengapa dibayar gaji jikalau tidak tau membuat kerja dan malas untuk menggunakan kepala otak mereka. Jangan menggunakan kepala otak hanya memikirkan bagaimana nak mengaut kekayaan untuk diri sendiri sahaja tetapi pikirlah untuk rakyat yang memilih mereka Sekarang sudah sampai kepada MB ketiga, iaitu AS. Adakah AS ini serupa dengan dua MB sebelumnya....Wallahualam.
No comments:
Post a Comment