Bagi menjana tenaga kerja berkemahiran untuk menyokong masyarakat berpendapatan tinggi di Malaysia pada 2020, saya mencadangkan agar kerajaan mengambil langkah drastik dalam mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Untuk menyokong langkah ini, kerajaan hendaklah melaksanakan syarat WAJIB dalam pemilihan kontraktor untuk semua projek kerajaan supaya tenaga kerja adalah 100% rakyat tempatan. Di samping melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran, kontraktor-kontraktor juga dapat bersaing dalam keadaan yang sama di mana tiada lagi kontraktor yang dapat menghantar sebut harga yang terlampau rendah kerana tenaga kerja mereka 100% adalah warga asing. Dengan ini kontraktor akan dapat melaksanakan 'CSR' (Corporate Social Responsibility) kepada rakyat Malaysia yang telah membayar cukai untuk pembangunan negara dengan mengambil tenaga kerja rakyat tempatan dan melatih dan meningkatkan kemahiran mereka. Syarat WAJIB ini hendaklah dilaksanakan secara ketat di mana jika ada kontraktor-kontraktor yang tidak dapat mematuhi syarat WAJIB ini mereka secara automatik tidak layak menyertai sebut harga tersebut. Syarat WAJIB ini hendaklah diperluaskan kepada syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC). Seterusnya pemantauan hendaklah di buat semasa projek sedang dilaksanakan agar tiada penipuan di buat dengan menggunakan tenaga kerja asing. Apabila di dapati kontraktor-kontraktor ini tidak melaksanakan sepertimana syarat WAJIB, projek mereka dihentikan serta merta dan di anugerahkan kepada kontraktor berikut yang layak. Kontraktor yang melanggar syarat WAJIB ini hendaklah di senarai hitam dan lesen kontraktor mereka di batalkan. Mereka juga tidak layak untuk memohon lesen dengan mendaftar menggunakan nama syarikat yang baru. Kontraktor - kontraktor tidak boleh memberi alasan kekurangan tenaga kerja tempatan kerana setiap tahun Malaysia melahirkan beribu-ribu graduan daripada peringkat sijil hingga ke peringkat PhD samada daripada institut pendidikan tempatan atau luar negara. Tamabahan pula sekarang kita mempunyai Institut Kemahiran MARA, Institut Kemahiran Belia Negara, GIAT MARA, Institut Latihan Perinsdutrian, Politeknik dan pelbagai lagi institut kemahiran yang melahirkan beribu graduan setiap tahun. Dengan cara ini kita akan dapat mengurangkan kehadiran rakyat asing di Malaysia secara tidak langsung mengurangkan kadar jenayah yang dilakukan oleh rakyat asing. Pada masa kini, kita boleh melihat industri pekerjaan di Malaysia terlampau mementingkan tenaga kerja asing daripada rakyat tempatan ibarat kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan. di hotel-hotel, di lapangan terbang sehingga kepada penjaga tandas semuanya dipelopori oleh warga asing. Oleh itu, bagi memberi realiti kepada slogan Rakyat didahulukan maka rakyat tempatan hendaklah di beri keutamaan untuk mengisi peluang-peluang pekerjaan ini. Kepada syarikat-syarikat swasta, sepatutnya mereka bersa malu kerana bertindak tidak patriotik dengan memberi peluang pekerjaan kepada tenaga kerja asing berbanding saudara sendiri iaitu rakyat tempatan. Samapai bila kita dapat menlahirkan tenaga kerja berkemahiran jika peluang tidak diberi malah di sekat oleh mereka yang lebih pentingkan keuntungan tanpa memikir generasi masa depan yang akan mewarisi negara ini yang berkemungkinan di banjiri dengan tenaga kerja asing. Ini sudah boleh dilihat secara kasar apabila tiba hari minggu di Kuala Lumpur, kita dapati kebanyakkan mereka yang bersantai di kebanyakan tempat membeli belah kebanyakkannya adalah rakyat asing yang sudah tentu bukan pelancong tetapi tenaga kerja yang bekerja di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.