Untuk warga kemaman atau kawasan sekitarnya, harap mengambil iktibar daripada pengalaman aku semasa berurusan di Kedai Tayar Kemaman (sebelah Balai Bomba Kemaman). Aku pergi kedai tu pasal tayar keta aku mcm pancit dan ada abnormal sound kes daripada accident yg aku alami sebelum tu. Masa tu dah dekat pukul 6 petang so maybe diaorg macam nak layan tak nak layan dah customer kot. Kalau diaorg sound awaal2 kata kedai dah nak tutup senang je aku blah carik kedai lain. Diaorg check tayar yang kempis tu tp x jumpa apa2 so dia org rendam dlm air dan depa kata ada bocor kat tempat isi angin tu pastu diaorg ckp dah tukar. So aku bayar je lah 5 ringgit. Oooo....sebelum tu aku ada suruh sorang mamat cina nie check abnormal sound tu tapi si mamat cina banggang tu bole kata lu pegilah toyota servis maaa.....pasal masih ada warranty......apa punya banggang mamat nie......org nak bagi duit dia tolak pulak......aku dah booking toyota tapi kena tunggu seminggu takkan aku nak tunggu, kan kalau tercabut tayar tu masa aku tgh bawak mampus takde org nak jawab. Oklah, org tak nak duit so aku pun tak nak paksa pasal bukan kedai dia sebijik je yang ada. Tapi yang aku nak marah sangat tu esok bila aku tgk tayar keta aku tu masih kempis. memang haram jadah punya mamat2 yg keja kat kedai tayar tu. kalau tak buat apa2 janganlah kata buat, aku pergi kedai tayar dekat balok dan mekanik tu confirm memang diaorg langsung tak tukar menda yg bocor tu. aku x kisah sgt dengan 5 ringgit tu tapi mmg pantang dengan org yg haram jadah buat keja x betul. So sape yang tak nak kena tipu janganlah nak cari penyakit pergi ke kedai tayar kemaman sebelah balai bomba tuh.
Sunday, November 7, 2010
Saturday, September 11, 2010
Pelanggan McDonald yang tertipu Saudara Pengarang, Pada 11 September 2010, saya dan keluarga dalam perjalanan untuk pulang beraya ke Temerloh daripada Ketengah Jaya. Kami sekeluarga singgah untuk membeli makanan segera di McDonald Bandar Baru Kerteh, Kemaman pada pukul 12.30 tengahari. Saya telah memesan 1 set double cheese burger, 1 set triple cheese burger dan 2 set happy meals. Apabila sampai di perkampungan Sungai Ular, Kuantan, kami berhenti untuk menikmati makanan segera tersebut. Saya terkilan apabila mendapati set triple cheese burger saya hanya mengandungi 2 keping daging sahaja sama seperti double cheese burger yang di pesan isteri. Bezanya, saya mempunyai 3 cheese. Ini mungkin kesilapan mereka yang menyediakan hidangan set tersebut ataupun salah satu stategi untuk menipu pelangan dan mengaut keuntungan lebih. Mengikut iklan yang ditayangkan di televisyen mahupun pada kotak pembungkus bagi triple set burger tersebut memang sepatutnya mereka memberi 3 keping daging bersama 3 keping keju. Bayangkan jika seratus burger yang disediakan pada hari itu hanya menggunakan 2 keping daging. Mereka telah untung 100 keping daging. Pihak pengurusan makanan segera McDonald patut mempunyai prosedur yang ketat bagi memastikan penyediaan makanan mereka tidak akan terjejas akibat kecuaian pekerja mereka. Semoga pelanggan lain tidak mengalami nasib yang sama seperti saya. Pelanggan Tertipu,
Monday, July 12, 2010
Rachel Corrie
Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)
Pernah dengar pasal kapal Rachel Corrie yang akan belayar untuk menghantar bantuan ke Gaza...
Ni cerita asal usul nama kapal berkenan....
Perjuangan Sedunia untuk Palestin
Pada 30 Mac 2010, sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland dgn harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement).
Ianya telah diperbaiki dan diperlengkapkan untuk pelayaran ke Gaza.
Kapal itu dinamakan Rachel Corrie.
Siapakah Rachel Corrie?
Rachel Aliene Corrie (April 1979 - March 16, 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM).
Dia telah dibunuh dengan kejam oleh Tentera Yahudi Laknatullah ketika percubaan menghalang jentolak Zionis meruntuhkan rumah saudara kita penduduk Palestin yg bernama Samir Nasrallah di Semenanjung Gaza.
Pihak Yahudi yang terkenal dengan sifat yg keji telah menafikannya tetapi bukti dan saksi telah berjaya menunjukkan memang dia telah dilanggar dan dengan sengaja.
Menurut akhbar Corrie dan rakan-rakan beliau bertindak menjadi Perisai Manusia. Beliau yang mengambil cuti setahun dari pengajiannya di Evergreen State College telah ke Palestin untuk menyertai Intifada ke 2.
Beliau telah meninggal dunia akibat cedera parah akibat tekanan melampau pada dada yg menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru2 kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.
Dia dilanggar oleh Bulldozer Yahudi sebanyak 2 kali, ya 2 kali dan Yahudi masih mengatakan ianya kemalangan.
Saturday, July 10, 2010
2010 KPI
1. kurang berat 30 kg (hehehe.....bole tercapai ke ni hujung taun.....sekarang pun dah bulan 7)
2. Carik keje baru kat gebeng (dah penat berulang gebeng - kerteh - gebeng setiap hari....dah dekat 3 tahun.....manyak letih ooooo)
3. Bukak bisnes (bisnes jual org untung jugak nie.....)
4. Update blog setiap hari...tak pun setiap minggu....hehehe komang2 setiap bulan...
5. Berlari atas threadmill setiap hari (itu kalau dah beli threadmill lah.....sekarang tunggu bonus jerlah....tupun kalau dapat bonus)
6. baca PTS sampai khatam (nak closed ACD)
7. Melancong ke Sabah ngan family
8. Start bina rumah sendiri
9. cukuplah tu kot....