Google

Google

Monday, May 30, 2011

Tarif elektrik naik 1 Jun ini, 75 peratus tidak terjejas (Kepala hotak diaorg takde terjejas)

30/05/2011 7:28pm

PUTRAJAYA 30 Mei – Kerajaan hari ini mengumumkan purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj, berkuat kuasa Rabu ini, 1 Jun ini.
Ini adalah sebagai sebahagian daripada proses merasionlisasikan subsidi yang sedang dilaksanakan.
Bagaimanapun, kerajaan berkata, langkah berkenaan tidak akan menjejaskan 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 300 kWj sebulan.
Ini bermakna pengguna yang menggunakan sehingga 300 kWj elektrik di mana bil mereka berjumlah RM77, tidak perlu membayar lebih.
Tarif elektrik dinaikkan kerana harga gas asli yang merupakan sumber utama penjanaan elektrik telah meningkat dengan ketara di pasaran antarabangsa.
Pengumuman berkenaan dibuat pada sidang akhbar bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui. – Bernama


Bior betoi diaorg nie.....dari mana diaorg amik angka tu? 75% tak terjejas......ingat rakyat Malaysia sekarang cuma guna satu barang elektrik ke? ingat mcm zaman dulu2......sekarang nie kan macam2 barang electric.....radio...tv...peti sejuk.....mesin basuh....computer....lampu......cerek electric...microwave.....apa kejadahnya asyik dok naik tarif electric......kalau nak rasionalkan subsidi.......hapuskan subsidi yang diberi kepada IPP......penjana bebas electric......ini dasar swasta yang paling teruk di Malaysia......bukan menyenangkan rakyat......tapi lombong emas untuk golongan2 yang berkepentingan..........