Google

Google

Saturday, September 11, 2010

Pelanggan McDonald yang tertipu

Saudara Pengarang,

Pada 11 September 2010, saya dan keluarga dalam perjalanan untuk pulang beraya ke Temerloh daripada Ketengah Jaya. Kami sekeluarga singgah untuk membeli makanan segera di McDonald Bandar Baru Kerteh, Kemaman pada pukul 12.30 tengahari. Saya telah memesan 1 set double cheese burger, 1 set triple cheese burger dan 2 set happy meals. Apabila sampai di perkampungan Sungai Ular, Kuantan, kami berhenti untuk menikmati makanan segera tersebut. Saya terkilan apabila mendapati set triple cheese burger saya hanya mengandungi 2 keping daging sahaja sama seperti double cheese burger yang di pesan isteri. Bezanya, saya mempunyai 3 cheese. Ini mungkin kesilapan mereka yang menyediakan hidangan set tersebut ataupun salah satu stategi untuk menipu pelangan dan mengaut keuntungan lebih. Mengikut iklan yang ditayangkan di televisyen mahupun pada kotak pembungkus bagi triple set burger tersebut memang sepatutnya mereka memberi 3 keping daging bersama 3 keping keju. Bayangkan jika seratus burger yang disediakan pada hari itu hanya menggunakan 2 keping daging. Mereka telah untung 100 keping daging. Pihak pengurusan makanan segera McDonald patut mempunyai prosedur yang ketat bagi memastikan penyediaan makanan mereka tidak akan terjejas akibat kecuaian pekerja mereka. Semoga pelanggan lain tidak mengalami nasib yang sama seperti saya.

Pelanggan Tertipu,